Persembahan dan jelajah Mocha Girls

Mocha Girls kebanyakannya mengadakan persembahan di Manila, dan telah menjelajah di beberapa negara Timur Tengah dan Asia, dan juga wilayah lain di Filipina.

Ditahan di Malaysia

Pada 4 September 2015, enam ahli kumpulan Mocha Girls dan promoter mereka tiba di Kuala Lumpur dari Thailand untuk persembahan terakhir jelajah dunia mereka. Ketika menyampaikan lagu kedua, pihak berkuasa Jabatan Imigresen Malaysia melakukan serbuan di sebuah hotel di mana mereka membuat persembahan. Pihak berkuasa Malaysia meminta mereka untuk keluarkan pasport dam permit kerja. Apabila penerbit persembahan mereka gagal mengemukakan permit kerja, Mocha Girls ditahan reman selama lima hari. Ketika dalam tahanan, mereka pada mulanya "dilayan sebagai penjenayah biasa" sehingga pihak berkuasa tempatan menyedari bahaaa Mocha Girls ialah artis profesional Filipina. Dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri, Kedutaan Filipina, dan Jabatan Imigresen, Mocha Girls dibebaskan tanpa tuduhan, namun dikenakan denda.[2][3][4][5]

Kumpulan itu menafikan bahawa "persembahan seksi" mereka ialah punca penahanan mereka, dan menambah bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap penganjur persembahan mereka di Malaysia.[2][4][5]